Untuk korang yang masih lom mengenali aku. Aku adalah seorang yang obses terhadap seni photographi ni. Wheee.. Aku tahu memang aku rasa agak eksyen dengan mengatakan semua ni. Aku dulu pun rasa macam tue dekat orang yang yang obses dengan photographi. Dulu bagi aku, sapa yang ada kamera DSLR nie aku akan cop terus dengan perkataan eksyen. Sebab ape? Sebab aku rasa diorang nie cuma nak menunjuk-nunjuk sahaja. Persepsi aku berubah bila aku dapat pegang D3000 aku. (Terima kasih bebanyak kepada Ayah aku yang belikan kamera NIKON DSLR ni). Aku juga sanggup berkongsi duit dengan abang-abang aku untuk satu lens Tamron 18-270mm berharga Rm2K. Ape nak buat, Dah nama pun hobi kan? Sekarang nie aku pulak kene cop eksyen dengan orang…. Satu gambar yang diambil akan bagi aku satu kepuasan. Apatah lagi kalau gambar yang diambil tu superb..memang puas tahap horny… Trust me!! Memang akan datang satu kepuasan bila tengok gambar yang menarik dari screen kamera korang. Dan berganda kali kepuasan bila gambar yang kita amik tue dihargai oleh orang lain juga dipuji oleh rakan-rakan…Wheee!! Seni? Entah. lain orang lain persepsi. Aku tak anggap pun aku nie photographer. Dan aku rasa macam eksyen gila kalau orang lain atau kengkawan panggil aku photographer. Aku lebih kepada freelancer yang suka buat sesuatu. Sebab photographer nie adalah orang yang dah bertahun tahun dengan camera. Cakap je ape, mesti die tau nie kan pulak aku yang baru setahun jagung nie kan.. haha. So seni pada aku mungkin lain maksud dari seni otai photographer yang lain. Warna? Juga entah tapi yang pasti aku tak buta warna…huhu. Bagi aku warna adalah kehidupan. Yang tak dapat dipisahkan dalam alam semesta ini. Pun kekadang aku tengok warna yang hadir ini boleh memboringkan aku, so aku black & white kan je… Ehh! apa aku merepek ni? Korang layan je la gambar yang aku tangkap straight dari camera aku sendiri tanpa hasil penciplakan orang lain.hehehe. Dan kepada kengkawan aku yang banyak membantu dan memberi idea, aku ucapkan bebanyak terima kasih daun keladi..lain masa aku perlukan pertolongan kalian lagi. Zaaaaazzzz !!!! kita layan gambar-gambar ni…

Blog Protect By Bulat Graphy™ Admin Team

Rabu, 12 Oktober 2011

PMR yang dah berlalu....

Assalamualaikum w.b.h. 
Agak lama juga aku tak update blog aku ni..maklumlah, aku menghadapi peperiksaan PMR. Abang aku..Along, dah masuk UTHM dan Angah pula, sibuk dengan game Battlefield 3 dia..x de masa katanya nak update blog...camni ni nye admin pun ada..huhuhu.
So aku biarkan je blog aku tu begitu je dan hari ni aku berkesempatan
untuk bermadah kata....Dalam menghadapi peperiksaan PMR yang lepas, aku banyak dengar perkataan stress. Tersangatlah popular perkataan ni dikalangan kawan-kawan aku all tingkatan 3 baik lelaki mahupun pompuan...semua cakap Stress. Nak tahu apa tu Stress? 
Kalau dalam bahasa Melayu STRESS membawa maksud tertekan,ketika akan menghadapi peperiksaan mahupun apa jua masalah yang mendatang. Bila stress macam-macam benda yang kita lakukan . Ada yang senyap-sunyi, berkerut muka,keruk-keruk kepala,menangis,marah-marah,merajuk sesama kawan,ada juga yang mengemosikan dengan banyak makan,tido menonggeng, suka melompat-lompat, jalan terhenjut-henjut dan yang terkini...FLY . Fuyooo...ni adalah aktiviti menyahkan stress dengan
FLY. Bagi menjaga banyak hati dan perasaan member-member, X payah le aku story what is FLY about...Nasihat aku, harap X buat lagi masa akan datang... Walaupun apa cara kita gunakan untuk menghilangkan stress ini, pastikan perkara yang dilakukan tidak memudaratkan kita. Dah habis PMR ni terasa nak berpujangga pula..so layanzzzz je lerrrr...
Izinkan aku bicara tentang hidup ini
Yang menghadapi peperiksaan tempohari
Dikala kotak hati,bergempa goncang
Dikala ruang fikiran,berpintal kusut
Aku yang pikul beban dan kesakitan
Kesorangan dalam gelita....
Mencari damai...
Aku memang stress !
Waktu musibbah ini melanda
Dalam kegelapan malam
Mencari jalan nur
Tuhan ku
Kupilih haluanMu..
Hentikan keluh kesah ini
Agar stressku terarah ke haluanMU
Berkat, Rahmat dan HidayahMu
Agar damai tercipta
Di hati,
Di fikiran,
Se eloknya aku kembali
Meneruskan kehidupan mendatang
Tanpa ragu lagi
Kerana aku percaya
Dalam stress semacam ini
Aku mesti bersujud denganMu... Ya Rahman..Ya Rahim.








Disini, aku ucapkan beribu terima kasih pada Pengawas Peperiksaan yang cool , Cikgu Saiful Izwan yang tolong snap pic ni semua...Aku bagi 5 star buat cikgu....Nice pic ^^

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramadhan pergi meninggalkan kita....

Kita berbahagia di hujung bulan suci ini dengan satu harapan, semoga Ramadhan yang akan pergi telah menghapuskan dosa-dosa kita dan memberikan catatan amal baik yang berlipat ganda. Akan tetapi setelah kita renungkan,kita semestinya lebih bersedih, kerana dengan perginya bulan yang mulia ini bererti peluang untuk menghapus dosa dan melipatgandakan pahala akan pergi untuk seketika.

Ramadhan yang sangat kita cintai akan meninggalkan kita. Kalaulah Ramadhan itu diibaratkan seorang kekasih, pasti pemergiannya akan diiringi dengan tangisan. Itulah definasi sebenar yang dialamai orang-orang yang bertakwa saat hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Sedih dan pilu melukai emosi, sehingga tidak sedar air mata menitis... melepaskan Ramadhan pergi.


Bulan Ramadhan tetap akan pergi...kerinduan untuk bertemu kembali pada tahun-tahun akan datang tidak pernah luntur dan luput dari hati nurani. Hanya Allah SWT saja yang dapat memenuhi harapan kita. Hanya kepada Dia saja kita bermohon, agar dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dapat bertemu lagi dengan kekasih yang sangat dicintai dan akan sentiasa dirindui...Ramadhan Al Mubarak.

Di akhir Ramadhan ini, aku berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di Avillion Legacy Melaka. Alhamdulillah, dengan juadah berbuka yang tersedia membuatkan aku bersyukur atas nikmat Allah ini.


Akhir kata, setelah sebulan kita berpuasa, hari kemenangan akan menjelma juga. 1 Syawal merupakan hari Aidil Fitri. Marilah kita merayakan hari raya Aidil Fitri itu dengan tidak lupa memperbanyakkan memuji Allah SWT, menziarahi keluarga dan sanak saudara serta bermaafan sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Taqoballahu Minnaa Wa Minkum..
Minal 'Aidin Wal Faizin.
Maaf Zahir dan batin.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Mara Sihat

Aktiviti khas untuk Pelajar Tingkatan 3 bagi menaikkan semangat dalam pembelajaran dan melahirkan pelajar sihat. Pada kacamata aku, aktiviti camni memang patut dilaksanakan, disamping membuat senaman ringan J-robic, dapat juga mengeratkan lagi tali persahabatan antara pelajar semua. Sememangnya MRSM Muar ni best..!
Aku tak lepaskan peluang mengambil gambar-gambar kandid dan aksi beberapa rakan aku untuk kenangan. Wheeee...kita layan gambar ni..







Aktiviti ni dijalankan sebelum Ramadhan. So dalam bulan Ramadhan ni tak ada aktiviti luar cuma seminar menghadapi Trial PMR. Jadi kebanyakan sahabat-sahabat aku tengah struggle study.... Hope u all dapat keputusan yang cemerlang. Amin..^^



Ahad, 7 Ogos 2011

Minggu Aktiviti Sem.2
(Picnic Homeroom 2011)

Wheee!! Memang gempak dan menggembirakan. Aku dan teman-teman berasa inilah masa kita orang beramah mesra bersama Cikgu. Dalam majlis tersebut, beberapa aturcara disediakan bagi memeriahkan majlis antaranya:


Amali sembelihan untuk upper form.
Dalam acara ni, kita semua dipraktikkan dengan cara-cara penyembelihan mengikut hukum syarak. Yang cambestnya, beberapa rakan-rakan aku diminta menyembelih ayam...huhuhu ada yang nak pitam tengok darah ayam..hehehe..baru darah ayam dah macam tu, camner nak jadi DR kalau fobia tengok darah!!
Lepas sembelih dah tentu la kena basuh ayam n cabut bulu pula..
Bab acara ni, kawan-kawan lelaki terutamanya ramai yang buat-buat tak tahu je..pelajar perempuan juga yang kena.Aku dah tentu le tak masuk bahagian sebab aku kan ambil gambar..klik-klik candid..camner nak cabut bulu ayam...So thanks pada kawan-kawan yang memahami...

 

Masak-memasak ni memang kerja orang perempuan. Tu sebab pelajar lelaki duk sibuk tepi je konon jadi "food tester"...hehehe


Pesta buah durian and rambutan.
Yang ni ramai yang teruja termasuk aku. Yang melompat-lompat pun ada. Maklumlah pesta Raja Buah - Durian. Walaupun Durian yang kita orang dapat bukanlah dari golongan "Durian jamin" tapi kira bolehlah asal ada bau kira OK! Rambutan juga yang jadi rebutan kerana senang nak makan..hehehe.



Cikgu menyanyi sambil main guitar.
Awalnya kita orang macam tak caya bila cikgu nak menghiburkan kita semua dengan main gitar dan menyanyi..Tapi bila cikgu mula petik gitar dan melontarkan suara emas cikgu tu..ramai yang tercopong...X percaya, best dan kagum semua. Bagi aku, kalau masuk pertandingan Suara Emas, ada harapan menang cikgu ni.hehehe...


Makan tengahari.
Acara kemuncak pada hari tu ialah makan tengahari. Ada lauk yang best, ada lauk yang masin dan berbagai rasa ada. Macam-macam ada..huhuhu. Tapi dah namanya duduk asrama,sesi makan-makan camni memang best.


Dalam majlis picnic macam ini, semua rakan-rakan mengatakan puashati dan gembira. Ramah mesra antara pelajar dengan cikgu-cikgu amatlah dipuji dan diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan setiap tahun.

Selasa, 2 Ogos 2011

Botak Junior's
(Team Baju Biru - cam Chelsea le..^^)
Semua sedia maklum betapa hebat dan lincahnya pasukan pimpinan Aku ini beraksi dalam Kejohanan Bola sepak Piala Pengetua peringkat Lower Form yang keputusannya memihak kepada BOTAK JUNIOR'S sebagai JOHAN.
Dari awal lagi Aku dah bagitau dengan sahabat-sahabat pemain lawan Aku yang mereka akan tewas tapi apakan daya..aku hanyalah seorang Manager yang tak mampu lakukan apa-apa...hanya sorak HORAAAYYYY je tepi padang sambil klik-klik candid!
Aku sebelum perlawanan bermula...

Aksi pemain Kooka Burraa yang bermati-matian untuk menang. Tapi apakan daya... Tewas juga!

 Pemain Kooka Burra beraksi lompat kijang untuk melepasi halangan dari pemain Botak Junior's yang juga beraksi - Kung Foo.

Lagi aksi pemain Kooka Burra.. Fuuyooo...lagak STAR ni! 

Halangan yang dilakukan oleh pemain Botak Junior's begitu mantap dan kebal sehingga membuat pihak lawan tak bermaya.

Aksi - Swimming In The Field. Huhuhu.. ^^
Sering kali Aku bagitau sahabat-sahabat, kalau nak swimming kita ke swimming pool..MRSM kita ada pool. Jangan atas padang cam kawan kita ni.

Lagak cambest Botak Junior's. Top Scorer!

Anyway, Aku ucapkan tahniah pada Botak Junior's yang jadi JUARA kejohanan. Walaupun Kooka Burra mendapat tempat ke 3, korang tetap HEBAT dan memberi tentangan yang SENGIT. 
Kepada yang tewas dan tak dapat tempat apa-apa, aku sarankan cuba lagi tahun hadapan. Korang semua ada semangat kesukanan...Maju Sukan untuk Negara.

Isnin, 1 Ogos 2011

Bermain dengan Cahaya

Gambar-gambar ni diambil oleh Bro Aku. Waktu tu Aku tak ada bersama mereka kerana Aku kat asrama. Anyway aku bangga dengan Bro aku yang dapat capture gambar macam ni....




Apa-apa pun Bro aku memang HEBAT...^^

Ahad, 31 Julai 2011

Senja di Kampungku

Di petang yang nyaman..aq ngan abg2 aq ke Pantai kat kampungku..nasib baik time tu dh dekat nk sunset..so aq menggunakan kepakaran yang ad untuk snap beberapa pic yang agak unik..Hasilnya kalian nilailah sendiri..^^





Sabtu, 30 Julai 2011

Bila Malam Menjelma

Nie lah yang dinamakan Dark Art..untuk buat nie..kene guna flash dan trigger..trigger nie macam satu wireless untuk camera dengan flash..so flash dapat letak kat mane2 yang kite suka untuk mendapatkan lighting yang lebih menarik..^^










Tanamkan sikap suka membaca....macam-macam ada !