Untuk korang yang masih lom mengenali aku. Aku adalah seorang yang obses terhadap seni photographi ni. Wheee.. Aku tahu memang aku rasa agak eksyen dengan mengatakan semua ni. Aku dulu pun rasa macam tue dekat orang yang yang obses dengan photographi. Dulu bagi aku, sapa yang ada kamera DSLR nie aku akan cop terus dengan perkataan eksyen. Sebab ape? Sebab aku rasa diorang nie cuma nak menunjuk-nunjuk sahaja. Persepsi aku berubah bila aku dapat pegang D3000 aku. (Terima kasih bebanyak kepada Ayah aku yang belikan kamera NIKON DSLR ni). Aku juga sanggup berkongsi duit dengan abang-abang aku untuk satu lens Tamron 18-270mm berharga Rm2K. Ape nak buat, Dah nama pun hobi kan? Sekarang nie aku pulak kene cop eksyen dengan orang…. Satu gambar yang diambil akan bagi aku satu kepuasan. Apatah lagi kalau gambar yang diambil tu superb..memang puas tahap horny… Trust me!! Memang akan datang satu kepuasan bila tengok gambar yang menarik dari screen kamera korang. Dan berganda kali kepuasan bila gambar yang kita amik tue dihargai oleh orang lain juga dipuji oleh rakan-rakan…Wheee!! Seni? Entah. lain orang lain persepsi. Aku tak anggap pun aku nie photographer. Dan aku rasa macam eksyen gila kalau orang lain atau kengkawan panggil aku photographer. Aku lebih kepada freelancer yang suka buat sesuatu. Sebab photographer nie adalah orang yang dah bertahun tahun dengan camera. Cakap je ape, mesti die tau nie kan pulak aku yang baru setahun jagung nie kan.. haha. So seni pada aku mungkin lain maksud dari seni otai photographer yang lain. Warna? Juga entah tapi yang pasti aku tak buta warna…huhu. Bagi aku warna adalah kehidupan. Yang tak dapat dipisahkan dalam alam semesta ini. Pun kekadang aku tengok warna yang hadir ini boleh memboringkan aku, so aku black & white kan je… Ehh! apa aku merepek ni? Korang layan je la gambar yang aku tangkap straight dari camera aku sendiri tanpa hasil penciplakan orang lain.hehehe. Dan kepada kengkawan aku yang banyak membantu dan memberi idea, aku ucapkan bebanyak terima kasih daun keladi..lain masa aku perlukan pertolongan kalian lagi. Zaaaaazzzz !!!! kita layan gambar-gambar ni…

Blog Protect By Bulat Graphy™ Admin Team

Rabu, 12 Oktober 2011

PMR yang dah berlalu....

Assalamualaikum w.b.h. 
Agak lama juga aku tak update blog aku ni..maklumlah, aku menghadapi peperiksaan PMR. Abang aku..Along, dah masuk UTHM dan Angah pula, sibuk dengan game Battlefield 3 dia..x de masa katanya nak update blog...camni ni nye admin pun ada..huhuhu.
So aku biarkan je blog aku tu begitu je dan hari ni aku berkesempatan
untuk bermadah kata....Dalam menghadapi peperiksaan PMR yang lepas, aku banyak dengar perkataan stress. Tersangatlah popular perkataan ni dikalangan kawan-kawan aku all tingkatan 3 baik lelaki mahupun pompuan...semua cakap Stress. Nak tahu apa tu Stress? 
Kalau dalam bahasa Melayu STRESS membawa maksud tertekan,ketika akan menghadapi peperiksaan mahupun apa jua masalah yang mendatang. Bila stress macam-macam benda yang kita lakukan . Ada yang senyap-sunyi, berkerut muka,keruk-keruk kepala,menangis,marah-marah,merajuk sesama kawan,ada juga yang mengemosikan dengan banyak makan,tido menonggeng, suka melompat-lompat, jalan terhenjut-henjut dan yang terkini...FLY . Fuyooo...ni adalah aktiviti menyahkan stress dengan
FLY. Bagi menjaga banyak hati dan perasaan member-member, X payah le aku story what is FLY about...Nasihat aku, harap X buat lagi masa akan datang... Walaupun apa cara kita gunakan untuk menghilangkan stress ini, pastikan perkara yang dilakukan tidak memudaratkan kita. Dah habis PMR ni terasa nak berpujangga pula..so layanzzzz je lerrrr...
Izinkan aku bicara tentang hidup ini
Yang menghadapi peperiksaan tempohari
Dikala kotak hati,bergempa goncang
Dikala ruang fikiran,berpintal kusut
Aku yang pikul beban dan kesakitan
Kesorangan dalam gelita....
Mencari damai...
Aku memang stress !
Waktu musibbah ini melanda
Dalam kegelapan malam
Mencari jalan nur
Tuhan ku
Kupilih haluanMu..
Hentikan keluh kesah ini
Agar stressku terarah ke haluanMU
Berkat, Rahmat dan HidayahMu
Agar damai tercipta
Di hati,
Di fikiran,
Se eloknya aku kembali
Meneruskan kehidupan mendatang
Tanpa ragu lagi
Kerana aku percaya
Dalam stress semacam ini
Aku mesti bersujud denganMu... Ya Rahman..Ya Rahim.








Disini, aku ucapkan beribu terima kasih pada Pengawas Peperiksaan yang cool , Cikgu Saiful Izwan yang tolong snap pic ni semua...Aku bagi 5 star buat cikgu....Nice pic ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tanamkan sikap suka membaca....macam-macam ada !