Untuk korang yang masih lom mengenali aku. Aku adalah seorang yang obses terhadap seni photographi ni. Wheee.. Aku tahu memang aku rasa agak eksyen dengan mengatakan semua ni. Aku dulu pun rasa macam tue dekat orang yang yang obses dengan photographi. Dulu bagi aku, sapa yang ada kamera DSLR nie aku akan cop terus dengan perkataan eksyen. Sebab ape? Sebab aku rasa diorang nie cuma nak menunjuk-nunjuk sahaja. Persepsi aku berubah bila aku dapat pegang D3000 aku. (Terima kasih bebanyak kepada Ayah aku yang belikan kamera NIKON DSLR ni). Aku juga sanggup berkongsi duit dengan abang-abang aku untuk satu lens Tamron 18-270mm berharga Rm2K. Ape nak buat, Dah nama pun hobi kan? Sekarang nie aku pulak kene cop eksyen dengan orang…. Satu gambar yang diambil akan bagi aku satu kepuasan. Apatah lagi kalau gambar yang diambil tu superb..memang puas tahap horny… Trust me!! Memang akan datang satu kepuasan bila tengok gambar yang menarik dari screen kamera korang. Dan berganda kali kepuasan bila gambar yang kita amik tue dihargai oleh orang lain juga dipuji oleh rakan-rakan…Wheee!! Seni? Entah. lain orang lain persepsi. Aku tak anggap pun aku nie photographer. Dan aku rasa macam eksyen gila kalau orang lain atau kengkawan panggil aku photographer. Aku lebih kepada freelancer yang suka buat sesuatu. Sebab photographer nie adalah orang yang dah bertahun tahun dengan camera. Cakap je ape, mesti die tau nie kan pulak aku yang baru setahun jagung nie kan.. haha. So seni pada aku mungkin lain maksud dari seni otai photographer yang lain. Warna? Juga entah tapi yang pasti aku tak buta warna…huhu. Bagi aku warna adalah kehidupan. Yang tak dapat dipisahkan dalam alam semesta ini. Pun kekadang aku tengok warna yang hadir ini boleh memboringkan aku, so aku black & white kan je… Ehh! apa aku merepek ni? Korang layan je la gambar yang aku tangkap straight dari camera aku sendiri tanpa hasil penciplakan orang lain.hehehe. Dan kepada kengkawan aku yang banyak membantu dan memberi idea, aku ucapkan bebanyak terima kasih daun keladi..lain masa aku perlukan pertolongan kalian lagi. Zaaaaazzzz !!!! kita layan gambar-gambar ni…

Blog Protect By Bulat Graphy™ Admin Team

Sabtu, 30 Julai 2011

Bila Malam Menjelma

Nie lah yang dinamakan Dark Art..untuk buat nie..kene guna flash dan trigger..trigger nie macam satu wireless untuk camera dengan flash..so flash dapat letak kat mane2 yang kite suka untuk mendapatkan lighting yang lebih menarik..^^










Tanamkan sikap suka membaca....macam-macam ada !