Untuk korang yang masih lom mengenali aku. Aku adalah seorang yang obses terhadap seni photographi ni. Wheee.. Aku tahu memang aku rasa agak eksyen dengan mengatakan semua ni. Aku dulu pun rasa macam tue dekat orang yang yang obses dengan photographi. Dulu bagi aku, sapa yang ada kamera DSLR nie aku akan cop terus dengan perkataan eksyen. Sebab ape? Sebab aku rasa diorang nie cuma nak menunjuk-nunjuk sahaja. Persepsi aku berubah bila aku dapat pegang D3000 aku. (Terima kasih bebanyak kepada Ayah aku yang belikan kamera NIKON DSLR ni). Aku juga sanggup berkongsi duit dengan abang-abang aku untuk satu lens Tamron 18-270mm berharga Rm2K. Ape nak buat, Dah nama pun hobi kan? Sekarang nie aku pulak kene cop eksyen dengan orang…. Satu gambar yang diambil akan bagi aku satu kepuasan. Apatah lagi kalau gambar yang diambil tu superb..memang puas tahap horny… Trust me!! Memang akan datang satu kepuasan bila tengok gambar yang menarik dari screen kamera korang. Dan berganda kali kepuasan bila gambar yang kita amik tue dihargai oleh orang lain juga dipuji oleh rakan-rakan…Wheee!! Seni? Entah. lain orang lain persepsi. Aku tak anggap pun aku nie photographer. Dan aku rasa macam eksyen gila kalau orang lain atau kengkawan panggil aku photographer. Aku lebih kepada freelancer yang suka buat sesuatu. Sebab photographer nie adalah orang yang dah bertahun tahun dengan camera. Cakap je ape, mesti die tau nie kan pulak aku yang baru setahun jagung nie kan.. haha. So seni pada aku mungkin lain maksud dari seni otai photographer yang lain. Warna? Juga entah tapi yang pasti aku tak buta warna…huhu. Bagi aku warna adalah kehidupan. Yang tak dapat dipisahkan dalam alam semesta ini. Pun kekadang aku tengok warna yang hadir ini boleh memboringkan aku, so aku black & white kan je… Ehh! apa aku merepek ni? Korang layan je la gambar yang aku tangkap straight dari camera aku sendiri tanpa hasil penciplakan orang lain.hehehe. Dan kepada kengkawan aku yang banyak membantu dan memberi idea, aku ucapkan bebanyak terima kasih daun keladi..lain masa aku perlukan pertolongan kalian lagi. Zaaaaazzzz !!!! kita layan gambar-gambar ni…

Blog Protect By Bulat Graphy™ Admin Team

Ahad, 7 Ogos 2011

Minggu Aktiviti Sem.2
(Picnic Homeroom 2011)

Wheee!! Memang gempak dan menggembirakan. Aku dan teman-teman berasa inilah masa kita orang beramah mesra bersama Cikgu. Dalam majlis tersebut, beberapa aturcara disediakan bagi memeriahkan majlis antaranya:


Amali sembelihan untuk upper form.
Dalam acara ni, kita semua dipraktikkan dengan cara-cara penyembelihan mengikut hukum syarak. Yang cambestnya, beberapa rakan-rakan aku diminta menyembelih ayam...huhuhu ada yang nak pitam tengok darah ayam..hehehe..baru darah ayam dah macam tu, camner nak jadi DR kalau fobia tengok darah!!
Lepas sembelih dah tentu la kena basuh ayam n cabut bulu pula..
Bab acara ni, kawan-kawan lelaki terutamanya ramai yang buat-buat tak tahu je..pelajar perempuan juga yang kena.Aku dah tentu le tak masuk bahagian sebab aku kan ambil gambar..klik-klik candid..camner nak cabut bulu ayam...So thanks pada kawan-kawan yang memahami...

 

Masak-memasak ni memang kerja orang perempuan. Tu sebab pelajar lelaki duk sibuk tepi je konon jadi "food tester"...hehehe


Pesta buah durian and rambutan.
Yang ni ramai yang teruja termasuk aku. Yang melompat-lompat pun ada. Maklumlah pesta Raja Buah - Durian. Walaupun Durian yang kita orang dapat bukanlah dari golongan "Durian jamin" tapi kira bolehlah asal ada bau kira OK! Rambutan juga yang jadi rebutan kerana senang nak makan..hehehe.



Cikgu menyanyi sambil main guitar.
Awalnya kita orang macam tak caya bila cikgu nak menghiburkan kita semua dengan main gitar dan menyanyi..Tapi bila cikgu mula petik gitar dan melontarkan suara emas cikgu tu..ramai yang tercopong...X percaya, best dan kagum semua. Bagi aku, kalau masuk pertandingan Suara Emas, ada harapan menang cikgu ni.hehehe...


Makan tengahari.
Acara kemuncak pada hari tu ialah makan tengahari. Ada lauk yang best, ada lauk yang masin dan berbagai rasa ada. Macam-macam ada..huhuhu. Tapi dah namanya duduk asrama,sesi makan-makan camni memang best.


Dalam majlis picnic macam ini, semua rakan-rakan mengatakan puashati dan gembira. Ramah mesra antara pelajar dengan cikgu-cikgu amatlah dipuji dan diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tanamkan sikap suka membaca....macam-macam ada !